SHAH ALAM, 20 Dis (Bernama) -- Polis menyelamatkan dua pembantu rumah warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa oleh seorang ahli perniagaan dan anaknya di sebuah rumah di Kayangan Heights di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata serbuan dilakukan pada 2.30 petang dengan mangsa berusia 48 dan 33 tahun mendakwa telefon bimbit dirampas, dipaksa bekerja lebih masa, sering dipukul serta tidak dibayar gaji sejak dua bulan lepas.
“Seorang daripada mereka bekerja untuk tempoh dua tahun dan seorang lagi sebulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ramsay berkata majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50 dan 30 tahun direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah ASP Md Anuar bin Md Amilah@Harun menerusi talian 019-2255597 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial