WILAYAH - TENGAH > BERITA

WANITA CEDERA DIHEMPAP POKOK TUMBANG DI KAMPUNG PANTAI SEPAT

26/12/2025 11:14 PM

KUANTAN, 26 Dis (Bernama) -- Seorang wanita cedera selepas pokok tumbang menghempap kenderaan yang dinaikinya dalam kejadian di Kampung Pantai Sepat, Jalan Penor, di sini malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bergerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada 9.41 malam, kami mendapati  sebahagian dahan pokok telah menghempap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian itu melibatkan dua mangsa, iaitu seorang wanita berusia 27 tahun yang cedera pada bahagian kepala, manakala seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan selamat, kedua-duanya telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Wanita yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan