WILAYAH - SARAWAK > BERITA

CHINA BERUSAHA RAPATKAN JURANG PERBEZAAN SEKTOR DIGITAL UTARA-SELATAN - CIDCA

31/12/2025 03:42 PM

BEIJING 31 Dis (Bernama-CMG) -- China akan mempergiat penjenamaan "Selatan Digital" dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membantu merapatkan jurang perbezaan antara Selatan dan Utara dalam sektor digital melalui pelaksanaan projek pacuan teknologi digital yang direka bentuk bersama dengan negara-negara rakan kongsi, sekali gus  membantu negara-negara membangun meningkatkan kecekapan dalam memanfaatkan pencapaian sains dan aplikasi teknologi.

Ini bertepatan dengan manifesto yang terkandung dalam Inisiatif Pembangunan Global, menurut jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Li Ming dalam sidang media yang diadakan di sini pada Selasa.

Li  berkata China akan berunding dengan pelbagai negara rakan kongsi untuk menentukan bidang utama dan hala tuju kerjasama, memperkukuh keupayaan mereka dalam menyokong infrastruktur digital, serta berdasarkan penggunaan teknologi digital memperkasakan penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan, peningkatan hasil pertanian, pendidikan awam dan amaran bencana.

Ini adalah supaya China dapat membantu negara-negara Selatan Global meningkatkan kerelevenan dalam landskap pembangunan digital global dengan mantap.

Pada masa ini,  CIDCA telah menubuhkan "Dana Khas Pembangunan Kapasiti Digital" di bawah kerangka Dana Pembangunan Global, dan akan melaksanakan 200 program latihan dalam bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan di negara-negara Selatan Global bagi tempoh lima tahun akan datang.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan