BEIJING, 2 Jan (Bernama- CMG) - Jumlah kutipan pecah panggung di China direkod mencecah 51.832 bilion yuan (RM30.07 bilion) pada 2025, meningkat 21.95 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Pentadbiran Filem Negara (CFA).
Dalam pada itu, filem tempatan meraih kutipan sebanyak 41.293 bilion yuan (RM23.96 bilion) iaitu menduduki 79.67 peratus daripada keseluruhan kutipan pecah panggung sepanjang 2025.
Pasaran perfileman China yang mencatat prestasi cemerlang bukan sahaja menyediakan ruang pembangunan luas untuk filem tempatan, malah memberi sokongan kukuh dari segi kutipan tiket kepada filem-filem unggul dari seluruh dunia.
Pada tahun lepas, filem-filem import mendapat sambutan baik di pasaran China, khususnya filem animasi 'Zootopia 2' yang mendahului Amerika Utara dari segi kutipan pecah panggung.
Sementara itu, filem 'Avatar: Fire And Ash' ditayangkan secara serentak di China dan Amerika Syarikat (AS), dan ia turut mencerminkan keterbukaan dan kedinamikan pasaran perfileman China.
Tahun 2025 juga menyaksikan lebih banyak filem terbitan China dieksport ke luar negara dengan prestasi tontonan yang memberangsangkan.
Terutamanya, filem blokbuster China 'Ne Zha 2' memecahkan rekod dengan meraih kutipan tertinggi dalam sejarah filem animasi di peringkat global.
Selain itu, aktiviti 'China Travel With Chinese Films' berjaya menarik ramai warga asing melancong ke negara Tembok Besar, khususnya lokasi-lokasi penggambaran filem.
–BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial