BERITA TERGEMPAR   The Malaysia Economic Forum 2026 will be held on Feb 5 to strengthen the MADANI Economy narrative, ensuring inclusive and sustainable growth -- Economy Minister | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TENTERA LAUT SRI LANKA RAMPAS DADAH, BARANGAN KONTRABAN BERNILAI US$242 JUTA PADA 2025

03/01/2026 08:38 PM

COLOMBO, 3 Jan (Bernama-Xinhua) -- Tentera Laut Sri Lanka merampas pelbagai jenis dadah dan barangan kontraban dengan anggaran nilai pasaran kasar melebihi 75 bilion rupee (kira-kira US$242 juta) sepanjang tahun 2025, lapor Xinhua yang memetik data rasmi.

Menurut statistik itu, seramai 376 suspek tempatan turut ditahan dalam operasi pembanterasan dadah yang diperhebat di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Tentera Laut memaklumkan bahawa operasi itu dijalankan melalui usaha bersepadu dengan pihak berkepentingan maritim tempatan dan asing serta agensi penguatkuasaan undang-undang, yang menyasarkan rangkaian penyeludupan dadah melalui jalan laut dan pesisir pantai.

Sejumlah besar heroin, methamphetamine, hasyis, ganja tempatan dan luar negara, ubat-ubatan preskripsi, rokok luar negara serta daun Kendu dirampas dalam tempoh setahun itu.

Pihak tentera laut menyatakan bahawa rampasan dadah itu termasuk lebih 1,050 kilogram (kg) heroin dan lebih 2,982 kg  methamphetamine.

Operasi yang dijalankan oleh Tentera Laut Sri Lanka itu adalah selaras dengan kempen antidadah kebangsaan "A Nation United," yang dilancarkan bertujuan memperkasakan tindakan tegas terhadap jenayah berkaitan dadah di negara itu.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan