WILAYAH - SARAWAK > BERITA

EMPAT MAUT DALAM SERANGAN BADAK AIR DI KENYA

04/01/2026 08:59 PM

NAIROBI, 4 Jan (Bernama-dpa) -- Empat pemuda maut dalam serangan badak air di Tasik Naivasha, Kenya, menurut laporan media yang dipetik oleh Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekumpulan 14 lelaki dipercayai cuba menangkap ikan secara haram pada Jumaat malam di tepi tasik itu, sebuah tarikan pelancongan popular yang terletak kira-kira 80 kilometer dari ibu negara Nairobi di Lembah Rift.

Beberapa ekor badak air dilaporkan menyerang kumpulan berkenaan, menurut media Kenya pada Sabtu. Sebahagian daripada lelaki itu berjaya berenang menyelamatkan diri, manakala yang lain diserang haiwan tersebut atau lemas.

Menurut ahli keluarga, lelaki berkenaan berusaha menambah pendapatan keluarga melalui aktiviti menangkap ikan.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan