BEIJING, 9 Jan (Bernama-CMG) -- Seramai lebih 360 juta individu diunjurkan akan menyertai pelancongan ais dan salji di China pada musim sejuk 2025 hingga 2026, dan menjana pendapatan sebanyak RMB450 bilion (RM260.73 bilion), menurut laporan terkini Akademi Pelancongan China.
Di sebalik angka-angka yang memberangsangkan itu, terdapat juga perubahan baharu di sektor pelancongan ais dan salji di negara Tembok Besar.
Menurut laporan itu, pelancong kini lebih cenderung kepada pengalaman "bermain" dengan ais dan salji, berbanding "melihat" pemandangan alam semula jadi pada masa dahulu.
Pada masa sama, mereka kini lebih rela berbelanja dalam acara hiburan dan kesihatan serta membeli barangan kreatif kebudayaan.
Selain itu, kebanyakan bandar di kawasan selatan China telah membina padang ski dalam bangunan. Oleh itu, pengguna tempatan tidak perlu melakukan perjalanan jauh ke kawasan utara negara ini untuk menikmati sukan ais dan salji. Contohnya bandar Shenzhen mempunyai padang ski dalam bangunan yang terbesar di dunia.
Laporan Akademi Pelancongan China juga menunjukkan bahawa semakin banyak pelancong asing, khususnya dari negara tropika datang ke negara ini untuk merasai keindahan ais dan salji.
Semasa cuti Tahun Baharu 2026, jumlah pelancong asing yang tiba di Harbin, timur laut China meningkat sebanyak 77.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial