WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA BERANAK MENGAMUK DIRUJUK KE HTAR

10/01/2026 10:02 PM

SHAH ALAM, 10 Jan (Bernama) -- Dua beranak yang mengamuk di sebuah flat di Klang pada Rabu lepas dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemantauan lanjut. 

Ketua Polis Klang Selatan ACP Ramli Kasa berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki ketika ingin mengambil adik perempuannya di flat itu pada 7.50 malam.

“Bapa serta teman lelaki kepada adik perempuannya difahamkan tiba-tiba mengamuk semasa mengadakan perbincangan sebelum suspek berusia 46 dan 20 tahun berjaya ditenangkan polis.

“Semakan lanjut mendapati dua lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental dan dihantar ke HTAR untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan susulan kejadian itu.

Terdahulu, video berdurasi lebih dua minit tular memaparkan seorang lelaki memegang sebilah parang menghalang orang ramai masuk ke rumahnya di sebuah flat sekitar Pandamaran, Klang.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan