| BERITA TERGEMPAR | Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | |
KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) -- Seorang pengarah syarikat kerugian sebanyak RM2.95 juta selepas diperdaya skim pelaburan dalam talian pada tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada Mei tahun lepas, lelaki berusia 66 tahun itu telah ditawar menyertai skim pelaburan perniagaan oleh seorang rakan yang dikenali di laman sosial.
Beliau berkata mangsa yang dijanjikan keuntungan antara 10 hingga 25 peratus daripada modal pelaburan telah mendaftar perniagaan tersebut melalui pautan di laman sesawang yang diberikan.
"Mangsa yang berasal dari Tok Jembal juga diminta memuat turun satu aplikasi untuk membolehkan wang keuntungan pelaburan dimasukkan.
"Terpesona dengan jumlah laba yang tinggi, mangsa telah membuat pelaburan berjumlah RM2.95 juta melalui 18 kali transaksi ke akaun yang diberikan suspek dalam tempoh 10 Jun hingga 7 Nov tahun lepas," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa menyedari ditipu apabila proses memindahkan wang daripada aplikasi terbabit ke akaun bank miliknya gagal, dan membuat laporan polis pada 11.06 pagi Sabtu lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial