BERITA TERGEMPAR   Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PEGAWAI TERTINGGI ATM HADIR SEKALI LAGI KE SPRM BERI KETERANGAN BERHUBUNG KES RASUAH

12/01/2026 11:33 AM

PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) -- Seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini hadir sekali lagi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai bagi memberi keterangan berhubung satu kes rasuah.

Kenderaan yang membawa pegawai berkenaan, berusia lingkungan 60-an, memasuki bangunan SPRM kira-kira 10.10 pagi.

Difahamkan, kehadiran beliau hari ini merupakan kali kedua selepas keterangannya diambil selama kira-kira 13 jam semalam, bermula pukul 11 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa pegawai penyiasat masih memerlukan keterangan individu berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Azam dilaporkan berkata pegawai itu dibenarkan pulang pada tengah malam tadi, namun sesi rakaman keterangannya akan disambung hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan