WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SPRM REMAN ASP DISYAKI MINTA, TERIMA RASUAH KIRA-KIRA RM27,000

13/01/2026 02:41 PM

GEORGE TOWN, 13 Jan (Bernama) -- Seorang pegawai polis berpangkat ASP ditahan reman kerana disyaki meminta serta menerima suapan kira-kira RM27,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap dua pemilik syarikat melakukan kesalahan seperti pusat hiburan, pusat urut dan judi haram.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengeluarkan perintah reman sehingga 16 Jan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan pada 10.40 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan itu dari 2016 hingga 2021 dengan menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,000 setiap bulan.

“Suspek disyaki menerima wang itu melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun pihak ketiga daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan pemilik syarikat perkhidmatan kesihatan manusia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan