MANILA, 14 Jan (Bernama-Xinhua) -- Angka kematian akibat kejadian runtuhan tapak pelupusan sampah di bandar Cebu, tengah Filipina meningkat kepada 20 orang, ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari 16 pekerja yang masih hilang pada Rabu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Pegawai bandar Cebu memaklumkan yang jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan kekal 18 orang, kesemuanya mengalami kecederaan selepas sebahagian tapak pelupusan sampah itu runtuh dan menghempap sebuah bangunan pada 8 Jan.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika pihak berkuasa berdepan kekangan masa dalam usaha mengesan mangsa yang masih hilang.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial