SIBU, 15 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak pagi ini menurun kepada 611 orang daripada 194 keluarga berbanding 622 orang petang semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Empat PPS masih beroperasi di Bahagian Sibu dan Bintulu.
Di Sibu, hanya PPS SMK Bukit Assek menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga. Di Bintulu, PPS Dewan Suarah menempatkan 278 mangsa (85 keluarga), manakala di Sebauh, PPS Balai Raya menempatkan 150 mangsa (54 keluarga) dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh menempatkan 177 mangsa (54 keluarga).
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal Public Infobanjir melaporkan paras air di empat stesen iaitu Long Teru (Miri), Sungai Sibiu (Bintulu), Nanga Lemai B dan Stapang B (Sibu) masih melebihi paras bahaya, manakala lima stesen lain berada pada paras amaran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial