WILAYAH - TENGAH > BERITA

KERAJAAN SOKONG TITAH SULTAN SELANGOR BANTAH AKTIVITI LGBT

16/01/2026 01:25 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kerajaan menyokong titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan bantahan keras terhadap sebarang penganjuran aktiviti songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berharap isu berkenaan dapat ditangani secara teratur mengikut lunas undang-undang oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

“Kita menyokong sepenuhnya titah Tuanku dan Insya-Allah kita berdoa perkara ini dapat tangani secara baik mengikut lunas undang-undang,” kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 IKIMfm serta Kempen Mahabbah MADANI Ramadan 1447H di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118, di sini hari ini.

Berhubung pemantauan aktiviti LGBT di negara ini, Zulkifli menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Isnin lepas, Sultan Selangor menitahkan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dan menegaskan bahawa walaupun perbuatan tersebut merupakan dosa individu, ia berpotensi mengundang kemurkaan dan laknat ke atas negeri.

Baginda juga tidak berkenan dengan sebarang festival, perarakan, aktiviti, sambutan atau promosi gaya hidup songsang LGBT dalam mana-mana daerah di Selangor, termasuk penubuhan persatuan, kelab, pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Susulan itu, pada Selasa, penganjur program perkhemahan “Glamping With Pride” membatalkan acara yang sepatutnya diadakan pada 17 dan 18 Jan ini di Hulu Langat, Selangor, atas faktor keselamatan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan