WILAYAH - TENGAH > BERITA

AGONG TERIMA MENGHADAP PM ANWAR, DIPERSEMBAH TAKLIMAT ISU SEMASA NEGARA

17/01/2026 02:25 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan hal ehwal negara.

Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat, menurut hantaran itu.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata dalam pertemuan berkenaan, beliau mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan,” kata beliau.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan