WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS MINTA BANTUAN ORANG RAMAI KESAN PENGASUH KANAK-KANAK HILANG DI ROMPIN

18/01/2026 10:47 AM

KUANTAN, 18 Jan (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pengasuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Tanjung Gemok, Rompin sejak 13 Ogos tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norazmawati Mohd Darwi, 45, daripada anak lelaki orang hilang itu pada 9.47 pagi 14 Ogos 2025. 

Beliau berkata isteri kepada seorang nelayan itu, kali terakhir dilihat berbaju kurung dan bertudung di Jalan Selancar, Kampung Tanjung Gemok, Rompin. 

“Wanita yang berkulit kuning langsat itu tidak pernah menghubungi keluarganya sehingga kini. Pihak polis juga telah membuat hebahan bagi mengesan orang hilang berkenaan.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin menerusi talian 09-4145999. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan