WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WANITA RUGI LEBIH RM330,000 TERPERDAYA PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD

18/01/2026 10:51 AM

KUCHING, 18 Jan (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang wanita tempatan berusia 40 tahun mengalami kerugian lebih RM330,000 selepas terperdaya sindiket penipuan pelaburan saham pada Disember tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa tertarik untuk melabur dalam pelaburan saham tidak wujud yang ditemukan menerusi iklan di Facebook.

“Mangsa kemudiannya menerima satu pautan untuk memuat turun aplikasi pelaburan sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan.

“Mangsa yang mempercayai skim itu telah membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank syarikat berbeza, melibatkan 22 transaksi pemindahan wang secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan yang dipaparkan dalam akaun aplikasi berkenaan dan mengalami kerugian berjumlah RM339,486.

Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan