WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS AUSTRALIA TAHAN 4 INDIVIDU, RAMPAS DADAH DAN SENJATA API

19/01/2026 05:31 PM

SYDNEY, 19 Jan (Bernama-Xinhua) -- Polis di wilayah Queensland, Australia menahan empat individu selepas merampas lebih 100 kilogram (kg) ganja dan beberapa laras senjata api, lapor Xinhua.

Perkhidmatan Polis Queensland dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa skuad jenayah terancang utama telah melaksanakan waran geledah di sebuah hartanah dan kenderaan di bandar Alligator Creek, lebih 1,000km ke barat laut Brisbane, pada 13 Jan.

Semasa penggeledahan itu, detektif menemui dan merampas 108kg ganja, hampir 8kg methamphetamine, 1kg kokain serta empat laras raifal, sebuah pistol, peluru dan wang tunai lebih AU$400,000 (kira-kira US$268,000).

Seorang lelaki berusia 24 tahun dari bandar berhampiran, Townsville, ditahan dan didakwa atas 15 kesalahan, termasuk lima pertuduhan pengedaran dadah berbahaya.

Tiga individu lain, yang dua daripadanya berasal dari Townsville, turut ditahan dan didakwa atas keseluruhan 19 kesalahan berkaitan pemilikan dan pengedaran dadah.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan