KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bekas pemain elit kebangsaan Sharon Wee mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Presiden Persatuan Skuasy Melaka (MSA).
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Sharon merupakan wanita pertama memegang jawatan itu sejak penubuhan persatuan tersebut pada 1974.
Sharon berkata beliau berharap dapat menyumbang kepada pembangunan sukan skuasy dengan memanfaatkan pengalaman sebagai pemain peringkat negeri, elit kebangsaan dan bekas pemain nombor 18 dunia, selain latar belakangnya dalam bidang kejurulatihan, penyiaran, korporat serta penglibatan aktif dalam pentadbiran sukan.
“Saya berharap pelantikan ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai bekas atlet untuk kembali dan memainkan peranan dalam kepimpinan persatuan sukan, selain menggalakkan lebih ramai wanita berani tampil untuk memegang jawatan penting,” kata Sharon yang menggantikan Han Yong Chye, yang berkhidmat sebagai presiden sejak Disember 2024.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial