WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI DITAHAN DISYAKI SAMUN WANITA VIETNAM DI TOKONG

21/01/2026 04:41 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamun seorang wanita warga Vietnam di sebuah tokong di Taman Sri Bahtera, Cheras, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa berusia 23 tahun yang tidak bekerja sedang bersembahyang di tokong berkenaan sebelum didatangi dan disamun suspek.

Beliau berkata lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan di sekitar Taman Sri Bahtera pada 9.15 malam hari yang sama selepas mangsa membuat laporan polis.

“Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM8,000 melibatkan kehilangan sebuah telefon bimbit iPhone 17 Pro Max, AirPod dan wang tunai berjumlah RM150," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu gerai burger mempunyai 12 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Suspek kini direman selama empat hari hingga 23 Jan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan