WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KERAJAAN LULUS PELABURAN MILIKAN ASING SEKTOR PERKILANGAN BERNILAI RM357.1 BILION DARI 2022 - SEPT 2025

21/01/2026 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Sebanyak 1,361 projek pemilikan asing dalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM357.1 bilion bagi tempoh 2022 hingga September 2025.

MITI menerusi jawapan bertulis yang dikeluarkan dalam laman sesawang rasmi Parlimen berkata pelaburan itu dijangka menjana sebanyak 185,044 peluang pekerjaan baharu. 

“Majoriti daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak 966 projek (atau 71 peratus) dengan pelaburan diluluskan bernilai RM282.2 bilion telahpun direalisasikan.

“Manakala, sebanyak 356 projek perkilangan (atau 26.2 peratus) masih di peringkat perancangan, melibatkan proses pemilihan lokasi serta perbincangan bersama pihak pemaju dan perunding,” katanya. 

Projek ini melibatkan pelaburan diluluskan berjumlah RM60.1 bilion dan dijangka menjana sebanyak 39,121 peluang pekerjaan baharu apabila direalisasikan kelak.  

MITI berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Lumut) yang bertanyakan tentang berapa banyak pelaburan asing yang diumumkan sejak 2022 benar-benar telah direalisasikan serta jumlah sebenar peluang pekerjaan berpendapatan tinggi yang telah diwujudkan. 

— BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan