WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KPKT GEMPUR PREMIS PAJAK GADAI HARAM, SITA BARANGAN BERNILAI RM45,840

21/01/2026 10:27 PM

KOTA KINABALU, 21 Jan (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyita 36 barangan gadaian dengan nilai keseluruhan RM45,840 dalam operasi penguatkuasaan di sini bagi membanteras aktiviti pajak gadai secara haram, Isnin lepas.

KPKT melalui kenyataan hari ini memaklumkan operasi melibatkan empat premis yang disyaki melakukan aktiviti itu tanpa lesen dengan sembilan individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan. 

 “Operasi ini hasil pemantauan berterusan dan aduan orang awam. Tindakan tegas diambil selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 7(2) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81),” menurut kenyataan itu. 

KPKT memaklumkan individu atau syarikat yang ingin menjalankan perniagaan pajak gadai diwajibkan memiliki lesen sah dikeluarkan kementerian. 

“KPKT tidak berkompromi terhadap pihak yang melanggar undang-undang dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pajak gadai di Malaysia beroperasi secara sah dan mematuhi peraturan ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, KPKT menggalakkan orang awam memanfaatkan aplikasi i-Gadaian yang dibangunkan kementerian untuk mengenal pasti premis pemajakgadaian yang berlesen yang boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store bagi mengelakkan risiko kerugian harta benda.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan