WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PELAJAR IPT RUGI RM50,400 DITIPU SINDIKET PHONE SCAM

22/01/2026 12:05 PM

KUALA TERENGGANU, 22 Jan (Bernama) -- Seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berusia 24 tahun di Kuala Nerus kerugian RM59,400 selepas ditipu sindiket penipuan telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 27 Nov tahun lepas, mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai keselamatan siber, mendakwa beliau terlibat dalam penyebaran pautan palsu dan perlu membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan tersebut

Mangsa kemudian disambungkan kepada rakan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan didakwa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

“Mangsa diarahkan mengosongkan akaun banknya dengan memindahkan semua wang ke akaun sementara yang diberikan suspek kononnya untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.          Azli berkata mangsa yang bimbang dikenakan tindakan undang-undang telah memindahkan wang ke dua akaun berbeza pada 2 dan 9 Dis lepas.

Beliau menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat laporan polis pada 10.08 malam tadi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sumber kewangan mangsa adalah tabungan hasil simpanan ibu bapa sejak kecil.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan