WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BAYARAN BALIK CUKAI 2025 CATAT BAYARAN TAMBAHAN RM7.5 BILION BERBANDING RM4 BILION DIUMUM SEBELUM INI

23/01/2026 12:10 AM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bayaran balik cukai pada 2025 mencatat paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, disokong oleh bayaran tambahan RM7.5 bilion pada Disember 2025 berbanding keseluruhan peruntukan tambahan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM4 bilion yang diumum sebelum ini.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata bagi 2025, jumlah bayaran balik cukai yang diselesaikan oleh  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah sebanyak RM22.45 bilion yang melibatkan 3.6 juta pembayar cukai.

MOF menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) berkenaan tunggakan cukai yang dibayar balik oleh kerajaan kepada pembayar cukai yang bayar berlebihan dan jumlah pembayar cukai yang terlibat.

Kementerian itu turut berkata bagi tahun ini, keutamaan LHDN untuk menyelesaikan bayaran balik cukai syarikat bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama 2026 dan bayaran balik bagi tahun taksiran 2024 akan diselesaikan pada hujung 2026.

“Manakala bayaran balik lebihan cukai tanpa mengira usia kes akan dibuat kepada semua pembayar cukai selain syarikat,” jelas MOF lagi.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan