WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PTPTN PASTIKAN INISIATIF PENDIDIKAN PERCUMA SAMPAI KEPADA GOLONGAN SASAR

23/01/2026 12:32 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) --  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan inisiatif biasiswa/pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035  dilaksana secara berkesan dan menyeluruh kepada golongan sasar.

Pengerusinya Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata peningkatan hampir dua kali ganda bilangan penerima manfaat itu diyakini mampu memberi peluang pendidikan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Langkah ini, sekali gus memutuskan rantaian kemiskinan melalui pendidikan sebagai pemangkin utama mobiliti sosial dan pembangunan modal insan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengumuman inisiatif berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan RPTM mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan ekses kepada pendidikan tinggi yang inklusif, saksama dan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan miskin tegar.

Perdana Menteri dalam ucapannya ketika pelancaran RPTM pada Selasa mengumumkan inisiatif pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin tegar dalam data e-Kasih, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan