KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Laporan akhir siasatan kemalangan maut melibatkan bas persiaran membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (Jeli–Gerik) pada 9 Jun tahun lepas akan didedahkan kepada umum bermula 3 petang ini.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan itu telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan mendapat kelulusan untuk didedahkan secara umum menerusi muat naik di laman sesawang rasmi kementerian.
“Pendedahan laporan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban awam serta usaha berterusan untuk memperkukuh tahap keselamatan pengangkutan jalan di negara ini,” menurut kenyataan itu.
Kemalangan pada awal pagi 9 Jun 2025 melibatkan bas dinaiki penuntut universiti berkenaan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak dengan sebuah kenderaan berlaku di Jalan Raya Timur-Barat Banun, Gerik, Perak dan menyebabkan 15 penuntut maut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial