WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BAYI LELAKI ENAM BULAN DITEMUKAN MAUT DI RUMAH

26/01/2026 09:47 PM

GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) --Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah flat di Air Itam di sini hari ini oleh ibu bapanya yang juga warga asing sebelum disahkan meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 8.55 pagi, dan siasatan awal mendapati bayi tersebut ditemukan di atas katil di bilik tidur oleh ibu bapanya pada kira-kira 7 pagi.

“Badan bayi itu didapati tiada kesan jenayah, dan mangsa mempunyai sejarah masalah kesihatan di bahagian paru-paru.

"Hasil  bedah siasat oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan di badan bayi itu" menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut dan satu laporan dibuka untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan