WILAYAH - UTARA > BERITA

LELAKI WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA KETIKA TERIMA RAWATAN AKIBAT DIPUKUL

26/01/2026 11:48 PM

BUTTERWORTH,  26 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas yang juga gelandangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini akibat dipukul di Medan Selera di Kampung Jawa semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan daripada petugas HSJ memaklumkan lelaki tanpa pengenalan diri itu yang berusia linkungan 60-an telah meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati mangsa adalah gelandangan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri, dia telah dihantar ke HSJ pada 2.47 pagi semalam oleh ambulans dan kemudian menerima rawatan di wad sebelum disahkan meninggal dunia.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan penyakit jantung koronori dan mangsa juga mengalami patah tulang rusuk di bahagian sebelah kiri badan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata polis telah menahan seorang lelaki dipercayai suspek dalam kejadian itu yang ujian air kencing mendapati positif dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyebabkan kecederaan parah.

Anuar berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan kes ASP Hasryman Osman di talian 04 576 2222 (samb: 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan