IPOH, 27 Jan (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 15 Jan.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Tasnim Nur Wafaa Usri Abdullah berusia 16 tahun dan bertubuh gempal.
"Remaja berkenaan beralamat di Rancangan Perumahan Tersusun, Haji Tahir Batu Masjid dekat sini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau Balai Polis Tanjung Rambutan di talian 05-5331222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial