WILAYAH - TIMUR > BERITA

BURUH BINAAN MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH DI KUALA NERUS

28/01/2026 10:33 AM

KUALA NERUS, 28 Jan (Bernama) -- Seorang buruh binaan maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Gelam, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.30 petang yang memaklumkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah kediaman berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam di sini. 

Beliau berkata ketika tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah batu telah 100 peratus musnah dan dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki berusia 49 tahun yang terperangkap di dalam kediaman berkenaan.

"Operasi melibatkan 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu.

"Mayat mangsa (Shafie @ Abd Rahman Awang) ditemukan di bahagian hadapan rumah sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan