IPOH, 28 Jan (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 17 warganegara China, sekali gus berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas memeriksa dua premis di sekitar bandar raya ini, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Perak Datuk James Lee berkata dalam operasi khas itu turut dirampas wang tunai berjumlah RM10,500, 40 unit telefon bimbit, 15 unit komputer riba, dua unit kamera digital serta sebuah iPad.
“Hasil serbuan pihak JIM telah menahan 16 lelaki dan seorang wanita warga China di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
James berkata semua tahanan telah dihantar ke Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial