KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pelakon lelaki yang mendakwa pernah menjadi mangsa seks luar tabii.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata laporan berkenaan dibuat oleh lelaki tempatan berusia 35 tahun itu pada 6.11 petang semalam.
"Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pengadu dan kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan pelakon itu membuat pendedahan menerusi platform Threads tentang pengalaman menjadi mangsa amang seksual ketika masih bergelar pelakon kanak-kanak, yang menarik perhatian pengguna media sosial itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial