IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Taman Marisa, Taiping hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada polis pada 1.42 tengah hari.
“Bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan terdapat wanita berusia 83 tahun ditemukan di ruang tamu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping ditamatkan pada 2.25 petang selepas mayat diserahkan kepada polis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial