WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PGA SARAWAK TAHAN LAPAN LELAKI, RAMPAS MERCUN LEBIH RM3 JUTA

08/02/2026 06:16 PM

KUCHING, 8 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menahan lapan lelaki bersama mercun dan bunga api tanpa permit bernilai RM3.18 juta hasil serbuan Ops Taring Charlie di beberapa daerah dari 4 hingga 7 Feb.

Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata tiga lelaki tempatan berusia 31 hingga 42 tahun ditahan dalam dua serbuan di Padawan bersama rampasan mercun dan bunga api bernilai RM1,795,690 di samping sebuah kenderaan turut disita.

Beliau berkata lima lagi lelaki tempatan berusia 22 hingga 70 tahun ditahan dalam serbuan di daerah Kuching, Serian, Sibu dan Miri bersama rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api.

“Nilai keseluruhan rampsan bagi keempat‑empat serbuan tersebut dianggar sebanyak RM1,390,608,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terlibat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan