WILAYAH - SARAWAK > BERITA

21 ORANG ASLI DITAHAN BANTU SIASATAN KES CEROBOH TANAH SULTAN PAHANG

10/02/2026 10:18 AM

KUANTAN, 10 Feb (Bernama) -- Polis menahan 21 Orang Asli bagi membantu siasatan pencerobohan tanah milik Sultan Pahang di Kampung Jemeri, Kuala Rompin, Rompin semalam. 

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mereka termasuk 17 wanita berusia antara 26 hingga 60 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak yang mendakwa dilantik mengusahakan tanah itu. 

“Wakil syarikat itu mendakwa sekumpulan Orang Asli menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong kelapa sawit di kawasan ladang milik Sultan Pahang seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata polis menahan kesemua mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sharif Shai menasihatkan masyarakat mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini dan mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan