WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PROJEK KERETA KABEL: JALAN JIP TAMAN BOTANI PULAU PINANG DITUTUP MULAI 2 MAC

10/02/2026 06:13 PM

GEORGE TOWN, 10 Feb (Bernama) -- Jalan Jip di Taman Botani Pulau Pinang di sini akan ditutup sementara kepada aktiviti mendaki dan berbasikal dari Isnin hingga Sabtu, bermula 2 Mac hingga 31 Dis 2026.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu bagi memastikan keselamatan awam susulan penggunaan Jalan Jip oleh kenderaan berat sepanjang tempoh pembinaan projek Kereta Kabel Bukit Bendera dan Pembangunan Semula Astaka Bukit Bendera.

"Penutupan ini merupakan langkah berjaga-jaga dan bagi memastikan tiada insiden keselamatan serta membolehkan kerja-kerja berjalan dengan lancar.

"PBBPP amat menghargai kesabaran, kefahaman dan sokongan berterusan semua pengguna jalan tersebut sepanjang tempoh ini," menurut kenyataan itu.

Projek Kereta Kabel Bukit Bendera akan melibatkan laluan sepanjang 2.73 kilometer dari Taman Botani Pulau Pinang ke puncak Bukit Bendera, dengan tiga stesen utama, iaitu Garden Station di kaki bukit, Turn Station di pertengahan laluan dan Hill Station di puncak.

Projek itu turut merangkumi pembinaan tempat letak kereta bertingkat, plaza komersial di hadapan Jabatan Taman Botani serta ruang parkir khas untuk bas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan