WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MASJID, SURAU DI NIBONG TEBAL TERIMA SUMBANGAN RM105,000 SEMPENA RAMADAN

12/02/2026 09:47 PM

NIBONG TEBAL, 12 Feb (Bernama) -- Masjid dan surau dalam Parlimen Nibong Tebal menerima sumbangan berjumlah RM105,000 bagi mengimarahkan sambutan Ramadan.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek berkata sumbangan itu melibatkan 21 masjid dan 63 surau.

Beliau berkata setiap masjid menerima RM2,000 manakala RM1,000 untuk surau bagi menyokong penganjuran pelbagai aktiviti ibadah dan kebajikan sepanjang Ramadan.

“Usaha ini sebahagian daripada komitmen berterusan untuk meningkatkan syiar Islam di Nibong Tebal,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar MADANI di Masjid As-Solihin, Kampung Kepala Gajah di sini hari ini.

Fadhlina berkata sebanyak RM750,000 diperuntukkan sepanjang 2025 bagi kerja naik taraf masjid dan surau di seluruh Parlimen Nibong Tebal termasuk pemasangan karpet baharu serta penambahbaikan ruang solat dan tandas.

Beliau berkata surau sementara di tapak pembinaan masjid Taman Halaman Indah, iaitu Surau Al-Munauwwarah telah siap sepenuhnya dan sedia digunakan penduduk pada Ramadan ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan