WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JALAN DI QUEENSLAND, AUSTRALIA DITUTUP AKIBAT BANJIR KILAT

14/02/2026 06:02 PM

SYDNEY, 14 Feb (Bernama-Xinhua) -- Beberapa jalan di kawasan Fraser Coast dan North Burnett, negeri Queensland, Australia ditutup akibat banjir kilat, menurut kenyataan Polis Queensland pada Sabtu, lapor Xinhua.

Polis memaklumkan seorang wanita berusia 63 tahun dan seorang lelaki berusia 68 tahun diselamatkan dan dihantar ke hospital dengan kecederaan ringan selepas panggilan diterima di Gooroolba Biggenden Road, North Burnett kira-kira 7.15 malam waktu tempatan pada Jumaat, susulan laporan sebuah kereta terperangkap dalam banjir.

Pada malam Jumaat, polis dan pihak kecemasan bertindak balas terhadap laporan pada 10.40 malam waktu tempatan di Booral Road, Fraser Coast, berikutan sebuah kereta terperangkap dalam banjir.

Pemandu yang merupakan seorang wanita berusia 56 tahun dan seorang penumpang kereta bersama seorang lelaki berusia 25 tahun dan 26 tahun yang meredah banjir untuk cuba menyelamatkan kedua-dua wanita itu, turut diselamatkan.

Biro Meteorologi mengeluarkan Amaran Banjir Tidak Serius untuk Sungai Flinders pada Sabtu dan memberi amaran yang hujan dan ribut dengan kemungkinan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan tadahan sehingga hujung minggu dan minggu depan. Banjir juga dijangka berlaku di Pejabat Pos Richmond dari Sabtu malam dengan paras air lebih tinggi mungkin terjadi.

Biro itu juga mengeluarkan Amaran Banjir Tidak Serius untuk tadahan Sungai Burrum pada Sabtu, memberi amaran yang banjir mungkin berlaku di sepanjang Sungai Burrum di Howard dari malam Sabtu hingga Ahad.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan