IPOH, 18 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Kinta berkurangan kepada 11 orang daripada lima keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 26 orang daripada 10 keluarga semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi.
“Kesemua mereka adalah mangsa daripada Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran juga memaklumkan terdapat dua sungai yang berada pada tahap bahaya melibatkan daerah Hilir Perak dan Muallim.
“Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras 3.95 meter (m) manakala Sungai Slim di Slim River pula mencatatkan 25.46m,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan pagi ini di beberapa daerah di Perak membabitkan Larut, Matang, Selama; Manjung, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial