WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PPS DI DAERAH KINTA TUTUP SEPENUHNYA

18/02/2026 06:27 PM

IPOH, 18 Feb (Bernama) -- Pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi di sini sejak semalam ditutup sepenuhnya petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta Zulhisham Ahmad Shukori berkata PPS berkenaan ditutup pada 5 petang apabila kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.  

PPS itu menempatkan 26 orang daripada 10 keluarga susulan banjir kilat di Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein pada Isnin lepas.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan