WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MALAM GALA TBC 2026, PLATFORM TUMPUAN PERHATIAN UMUM TERHADAP ROBOT CHINA

18/02/2026 03:42 PM

BEIJING 18 Feb (Bernama-CMG) -- Sekumpulan robot humanoid buatan China sekali lagi ditampilkan di atas pentas Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 anjuran Kumpulan Media China yang baru berakhir pada Isnin.

Kumpulan robot humanoid itu merupakan produk buatan empat syarikat China, iaitu Unitree Robotics, Magic Atom, Galaxy General Robot, dan Noetix Robotics.

Mereka bukan sahaja boleh menari dengan memegang pedang, mempersembahkan seni Kung Fu, tetapi juga boleh berbicara dalam persembahan program kategori bahasa dan melipat pakaian. Prestasi mereka di pentas malam gala turut menimbulkan kekaguman dan mendapat sanjungan daripada kalangan netizen asing.

Mengimbas kembali Malam Gala TBC 2025, sekumpulan robot humanoid buatan syarikat Unitree Robotics pernah diberi peluang memakai busana tradisional menyajikan 'Tarian Musim Menyemai'.

Seterusnya untuk edisi 2026, persembahan kumpulan robot di pentas sudah ditambah aksi yang lebih kompleks, bukan sahaja melakukan  balik kuang di atas meja, melompat tinggi dan berpusing di udara, tetapi juga memamerkan kemahiran seni Kung Fu, dan turut mendapat sorakan gemuruh daripada para penonton.

Georg Stieler, Pengarah Syarikat Perundingan Teknologi Stieler bagi Urusan Asia dan juga Ketua Perniagaan Robotik dan Automasi berkata, peningkatan prestasi (robot buatan China) kelihatan menakjubkan dalam tempoh hanya setahun saja.

"Kawalan pergerakan robot yang mengagumkan ini memperlihatkan syarikat Unitree Robotics berfokus kepada pembangunan 'otak' robot, dan membantu si robot memperhalusi pelaksanaan pelbagai tugas pergerakan yang dipercayai boleh digunakan dalam senario perkilangan yang sebenar,” katanya.

Setakat ini, terdapat lebih 32,000 paten robot humanoid yang berdaftar di China, mewakili 68 peratus daripada jumlah keseluruhan global, sedangkan 75 peratus komponen teras robot buatan China merupakan produk tempatan.

Menurut Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China, usaha perlu dilakukan untuk menjadikan teknologi kuantum, biopembuatan, tenaga hidrogen dan tenaga pelakuran nuklear, Antara Muka Otak-Komputer, kecerdasan buatan (AI) terangkum, dan komunikasi mudah alih generasi keenam sebagai penggerak baharu bagi pertumbuhan ekonomi domestik.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan