WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI PUTUS KAKI TERKENA LETUPAN BUNGA API

18/02/2026 07:45 PM

SEGAMAT, 18 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan berusia 30-an cedera parah sehingga kudung kaki kirinya akibat terkena letupan bunga api di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, mangsa mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke zon merah Hospital Segamat untuk rawatan.

Beliau berkata pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa mengalami kecederaan putus kaki kirinya di bawah bahagian lutut dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis ‘shoot cake 4 (D) 16 shot’ (premium) di hadapan rumah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan polis menasihatkan agar masyarakat bermain bunga api yang dibenarkan di kawasan tanah lapang, di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan