WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PIALA CINCINNATI GAYNOR 2026: RACHEL TUMPAS KEPADA GEORGINA PADA SUKU AKHIR

21/02/2026 12:33 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Hasrat pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold untuk mara ke separuh akhir kejohanan Piala Cincinnati Gaynor 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada pilihan utama dari England, Georgina Kennedy, hari ini (Jumaat, waktu Amerika Syarikat).

Perlawanan di Cincinnati Country Club itu menyaksikan pemain negara, yang menduduki ranking ke-24 dunia, terpaksa akur dengan kekalahan straight-set 5-11, 4-11, 4-11 dalam tempoh 24 minit.

Ini kekalahan ketiga berturut-turut Rachel kepada Georgina selepas kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Terbuka Silicon Valley pada Oktober lepas.

Keputusan itu menyaksikan tiada wakil Malaysia berentap di peringkat separuh akhir, dan Rachel menjadi satu-satunya pemain negara yang berjaya melangkah ke suku akhir.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan