WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MANGSA BANJIR DI SABAH TERUS MENINGKAT TENGAH HARI INI

23/02/2026 01:08 PM

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan peningkatan kepada 4,462 orang daripada 1,859 keluarga setakat tengah hari ini berbanding 4,348 orang daripada 1,774 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa yang merupakan penduduk dari 86 kampung di tiga daerah terjejas iaitu Pitas, Paitan dan Tawau berlindung di 32 PPS yang dibuka sejak Jumaat lepas.

“Jumlah mangsa banjir di Pitas meningkat kepada 2,720 orang daripada 1,357 keluarga... mereka ialah penduduk dari 46 kampung terjejas di daerah itu,” menurut kenyataan itu.

Paitan turut merekodkan sedikit pertambahan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS, iaitu sebanyak 1,497 orang daripada 447 keluarga manakala Tawau kekal dengan 245 orang daripada 55 keluarga.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan