ALOR SETAR, 23 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kedah, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata Mohd Aswad Abd Rasyid, 31, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu akibat serangan sawan.
“Bilik kawalan BBP Alor Setar menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.15 malam memaklumkan mangsa yang juga pekerja kedai makan terjatuh ke dalam sungai itu.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah mengarahkan jentera dari BBP Alor Setar ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra turut digerakkan ke lokasi bagi membantu pencarian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial