WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KUTIPAN TIKET FILEM SEMASA PERAYAAN TBC 2026 CECAH RMB5.75 BILION

24/02/2026 01:02 PM

BEIJING, 24 Feb (Bernama-CMG) -- Jumlah kutipan tiket filem di China bagi tempoh perayaan Tahun Baharu China (TBC) 2026 mencecah RMB5.75 bilion (RM3.25 bilion), menurut statistik platform internet.

Jumlah itu sekali gus menjadikan kutipan keseluruhan filem di negara itu, termasuk jualan awal mencecah RMB8.3 bilion sejak awal tahun ini.

Sementara itu, kutipan tiket filem di China bagi 2026 yang berjumlah US$1.2 bilion berjaya mengatasi pasaran Amerika Utara sekali gus menduduki tempat teratas di peringkat global buat sementara waktu.

Prestasi cemerlang itu didorong oleh kreativiti, potensi pasaran serta perkembangan pesat industri perfileman negara berkenaan.

Sepanjang perayaan TBC, beberapa filem yang mengetengahkan “elemen China” ditayangkan dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan