WILAYAH - SARAWAK > BERITA

VALESTO PEROLEH KONTRAK PENGGERUDIAN BERNILAI AS$16.49 JUTA DARIPADA JADESTONE

25/02/2026 03:43 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd, Velesto Drilling Sdn Bhd telah menerima surat setuju terima (LOA) daripada Jadestone Energy (Malaysia) Pte Ltd.

Kontrak itu adalah untuk penyediaan pelantar penggerudian jack-up untuk projek penggerudian tambahan (infill) Fasa 9 East Belumut, luar pesisir Semenanjung Malaysia, bernilai kira-kira AS$16.49 juta (AS$1=RM3.88).

Velesto Malaysian Ventures ialah anak syarikat milik penuh Velesto Energy Bhd.

Velesto Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu akan berlangsung dari Mac 2026 hingga Julai 2026, kumpulan itu akan menugaskan pelantarnya, NAGA 8 untuk tujuan berkenaan.

NAGA 8 adalah pelantar penggerudian pelantar gerudi jack-up jenis cantilever dengan kaki berasingan kelas premium dengan keupayaan kedalaman penggerudian 30,000 kaki dan mempunyai kedalaman air operasi berkadar 400 kaki.

Menurut pemfailan itu, penyediaan perkhidmatan yang akan disediakan oleh Velesto Energy dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan