WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WANITA WARGA EMAS OKU MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH

26/02/2026 10:42 AM

IPOH, 26 Feb (Bernama) -- Seorang wanita warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas rumah didiaminya di Jalan Lahat, Simpang Pulai dekat sini musnah akibat kebakaran, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.31 malam dan kemusnahan rumah dianggarkan 90 peratus. 

“Mangsa berusia 81 tahun yang pekak dan bisu ditemukan di ruang tamu bahagian tengah rumah.

“Seorang lagi penghuni, iaitu adik lelaki mangsa berusia 79 tahun berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata api berjaya dikawal pada 11.20 malam dan operasi ditamatkan pada 1.01 pagi. 

Operasi melibatkan 27 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, BBP Pasir Puteh dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru. 

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan