WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI DIPENJARA 10 TAHUN, DUA SEBATAN KERANA ROGOL REMAJA BAWAH UMUR DIKENALI MENERUSI TIKTOK

27/02/2026 05:33 PM

KOTA KINABALU, 27 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki Timur Leste dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana merogol seorang remaja bawah umur dikenalinya menerusi media sosial TikTok, tahun lepas.

Hakim Monica Linsua membuat keputusan itu selepas Rafinus Bata Tukan, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Monica memerintahkan tempoh penjara bermula daripada tarikh tangkap, iaitu 19 Dis tahun lepas dan lelaki itu dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai hukuman.

Menurut fakta kes, pada 7 Dis 2025 seorang individu membuat laporan polis tentang kehilangan anak perempuannya pada 6 Dis selepas dikatakan keluar mengikut tertuduh yang baharu dikenali sebulan melalui TikTok, dengan menaiki motosikal.

Mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan semasa kejadian kemudian memberitahu bapanya bahawa lelaki itu telah merogolnya di bilik sewa tertuduh di Inanam pada kira-kira 7 malam 7 Dis.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan