WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MAYAT LELAKI DITEMUKAN TERAPUNG DI SUNGAI KALANSANAN INANAM

01/03/2026 03:57 PM

KOTA KINABALU, 1 Mac (Bernama) -- Mayat seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan terapung di tepi Sungai Kalansanan, Kampung Kalansanan, Inanam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian itu pada 10.27 pagi daripada seorang petugas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Sejurus menerima maklumat, pasukan polis yang berada berhampiran telah digerakkan ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 30 meter dari jalan utama di tepi Sungai Kalansanan.

“Hasil pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kesan kecederaan atau tanda-tanda perbuatan jenayah pada tubuh si mati. Identiti si mati telah dikenal pasti, dan berstatus Pemastautin Tetap (pemegang Kad Pengenalan MyPR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Kasim menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis, serta menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan